LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, August 4, 2009

AKU SEPASANG KASUT



Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer.
Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual
di merata kedai sukan. Aku telah dibeli seme
njak
setahun yang lep
as. Semenjak itu hidupku mula
berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanya
kan
daripada hayatku akan kuhabiskan di trek ata
u di
gimnasium. Tapi
jangkaanku meleset. Tuanku lebih
kerap membawa
aku ke masjid-masjid dan ke rumah
kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi den
gar
kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag

dinamakan usrah
rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan
di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Ber
ikut
adalah pemerhatianku
berkenan tuanku. Dia seorang
da`i, kekaguman
ku dengan usahanya telah menginsafkan
aku untuk mncor
etkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke
masjid bersaman
ya seorang. Di sana beliau
mengabiskan ma
sa mendengar ceramah agama, tak cukup
dengan itu, habis
kedai-kedai buku agama kami
kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obse
ssed
dengan ilmu peng
etahuan. Tafsir al-Qur'an memang
selalu dibacanya. Ini
membanggakan aku, kerana dapat
berbakti kepada seora
ng yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga
sering dibawa ke kom
pleks sukan dan padang bola.
Yang peliknya aku
mendapat ramai kenalan ketika
berada di padang
, tetapi sering berseorangan ketika
dibawa ke masjid
.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana
dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku

agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaa
n
ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke
masjid. Kini faham
lah aku, tuan aku menggunakan
padang bola dan
kompleks sukan untuk berdakwah
rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, de
ngan
aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak

rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku t
idak bersendiri
lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berku
njung
ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengam
bil
peluang untuk
bersama dengan rakan-rakanku untuk
bertukar pengal
aman. Rakan-rakanku amat mengagumi
tuanku. Aku tumpang berbangga.


Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangn
ya tuan
aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat reh
at
adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam

kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tu
an aku
mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap

isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan

aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara ya
ng
sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum
dengan kebolehanny
a.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau
mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang
hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku
lebih banyak mendengar beliau memuji orang
berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu
menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal.
Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku
mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan
akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk
bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada
saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku
nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah
dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari
masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling
kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan.
Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari
mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah
kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki,
lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u
suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis.
Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam
kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka
orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan
menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang
berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan
kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak
ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik,
berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian.
Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak
hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian.
Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak
perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi
maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar
kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum
lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu
nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

4 comments:

  1. salam.amboi, sy tukar templete, dia pn tukar gak ae?..ada tag tuk awk.awk kena chek balik kt blog sy..sy heran, np susah sgt nk komen kt blog awk ni?? tp papepn nice post..luahan hati kasut sukan..mcm wt karanagn zmn sek dl.BEST!! ada makna tersirat..^_^ sy ni perempuan ae..np awk tulis nta??

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..2ar, sy tkr templete ne pun sebab jelous tgk blog awk yg semkin menarik,bosan jgk kalo tgk benda yg sma jee..2yg ikut tukar..;)knape plak sush yea nk bgi komen kt blog sya,sbrnya sy bru je menceburi dunia blog ne, so byk benda lgi yg xtahu..dlm proses bljar lgi,harap dpt bgi tunjk ajar..sengaja sy mengimbau kmbli karangan wk2 sekolah dlu..maaf sy terslp tls,sepatutnya nti kan..maaf yea,mgkin lgi senang gna perckapan sy/awk..nway trima ksh sudi bgi komen yea..d;)

    ReplyDelete
  3. maybe internet low kot..sokay, jeles tu bagus pe..lgpn bkn hak sy pn.hehe.demokrasi!
    sama-sama :P

    ReplyDelete
  4. mungkin jgk..kdg2 tenet ne memg ska wat mslah skt, herm..yelah kalo jeles utk kebaikan memg bagus pun,2yg sy ikut..yurp demokrasi..;)

    ReplyDelete

salam pertemuan..
semoga kalian dapat meniggalkan komen di blog ne..
diharap kita dpt saling kenal mengenali dan saling bertukar pandangan..semoga tautan ukhwah berkekalan..;)