LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 28, 2009

Renungi Makna Cinta

"OhhTUHAN..
seandainya telah ko catatkan dia miliku tercipta utk diriku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian..
YA ALLAH..
ku mohon apa yg telah kau tkdirkan..
ku harap dialah yg terbaik buatku kerana engkau tahu segala isi hatiku..
pelihara daku dari kemurkaanMu.."

"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar
untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu
cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, dan cuba
mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain.

5 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga ad manfaatnya,
    sma2lah ktt teruskn prjuangan mata pena..syukran jazilan ats kunjungan saudara

    ReplyDelete
  2. salam...lama x ziarah blog zack..
    tulisan yg penuh makna...cuma sepatah dua kata...bila memberi hati pada sesaorang,jgn la mengharap 100% akn memiliki hati nya pula...he2

    ReplyDelete
  3. wsalam..
    terima ksih yea lat coz sudi brkunjung blik ke blog sya..cma sekrg ne sy jrg nk update blog coz bz skt..
    nway..sya setuju dgn pndpt lat,kalo blh jgn terlalu sayang(100%) pd sesorg tu sebb bila brpisah tkut kita xblh terima hakikat tu nti kan..;)

    ReplyDelete

salam pertemuan..
semoga kalian dapat meniggalkan komen di blog ne..
diharap kita dpt saling kenal mengenali dan saling bertukar pandangan..semoga tautan ukhwah berkekalan..;)