LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 28, 2009

10 Mayat Tidak Reput

"Assalammu'alaikum wr wbt....

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.




Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita
dapat
mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya
Rasulullah
saw,
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan
oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas
SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat
yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi
debu itu ialah
debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga
setiap orang
melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
pelayan Ku dan hamba-
hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang yang
mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
dalam tubuh asal
diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat
jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah
ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat
dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada
Malaikat
Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hanba-hamba Ku
berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam
keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan
syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh,
lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari
nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga
dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud :

Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah mati.

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237 "

No comments:

Post a Comment

salam pertemuan..
semoga kalian dapat meniggalkan komen di blog ne..
diharap kita dpt saling kenal mengenali dan saling bertukar pandangan..semoga tautan ukhwah berkekalan..;)