LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 26, 2009

Apa Ertinya Kita Menganut Islam?

Ingatlah firman Allah yang berbunyi:

"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah Al-Hajj: ayat 78)

Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah:

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim saya mestilah:

1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.
Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain daripada Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan." (Surah Al-Anbiyaa': ayat 22)

2. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seseorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia." (Surah Al-Mukminun: ayat 115-116)

3. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab Allah untuk mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) `Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut itu'. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya." (Surah An-Nahl: ayat 36)

10 Faktor Memilih Pasangan


Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut :

1. TEMPOH MASA PERKENALAN.
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI
Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP
Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI
Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA
Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING
Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN
Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

P/S : NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan berkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi kan saya rasa, perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- aperpun kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Sya rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.
Wallahhualam..

Saturday, June 20, 2009

Doa Seorang Kekasih





Setiap makhluk ciptaan ALLAH diciptakan hidup berpasangan..tidak kira manusia,binatang hatta apa saja makhluk dibumi yang fana ini diciptakan untuk terus hidup bergantungan dan saling perlu memerlukan...lelaki dan wanita, malam dan siang, bulan dan matahari serta laut dan ombak sentiasa hidup bersama.

Walaubagaimanapun..sebagai khalifah ALLAH dibumi ini kita tidak terlepas dari tanggungjawab kita, jaganlah kita alpa dan terus dihanyutkan dengan keseronokan dunia yang sementara ini, pergaulan sesama muslim haruslah sentiasa dijjaga dan terus terpelihara..

Perasaan cinta dan kasih sayang tidak akan luput dari seseorang yang bergelar insan...oleh itu, biarlah ia dibajai dengan ikatan yang suci..janganlah ia terus terbiar tanpa sempadan.
Semoga lirik lagu ini dapat kita hayati maksudnya bersama...insyaALAH

Artist: In-Team
Song Category: Nasyid

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



Petua RASULULLAH S.A.W Untuk Pelajar









Sabda Rasullulah S.A.W, " Barangsiapa ingin mudah menghafaz akan ilmunya, maka wajar baginya melazimi 5 perkara :








  1. Mendirikan solat malam (qiamullail) meskipun hanya solat sunat 2 rakaat
  2. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'
  3. Sentiasa bertakwa kepada ALLAH SWT samada di khalayak ramai ataupun seorang diri
  4. Mengambil makanan sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada ALLAH SWT, bukannya menurut kehandak nafsu
  5. Sentiasa memggunakan siwak dan bersugi dengannya

Semoga segala amalan ini dapat kita praktikan bersama dan menjadi amalan harian, semoga ALLAH sentiasa membuka hijab hati kita,mempermudahkan urusan kita untuk terus menuntut ilmu ALLAH yang terlalu luas ini...InsyaALLAH

Thursday, June 18, 2009

"PERANAN MAHASISWA DALAM MEMBENTUK MEKANISME PEMANTAPAN AKHLAK UMMAH"

Al Syahid Imam Hassan al- Banna pernah mengungkapkan dalam satu bingkisannya kepada pemuda pemudi Islam bahawa:

"setiap fikrah(idea) itu akan hanya berjaya apabila ia dikuatkan dengan iman yang medalam, dilengkapkan dengan ikhlas untuk diperjuangkan, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan mempunyai persediaan yang rapi untuk beramal serta berkorban dalam perlaksanaanya."

Iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para golongan muda termaksuklah mahasiswa. sebab asas iman ialah hati yang terang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang mantap, manakala asas amal pula ialah azam yang kuat.

Dari sini ternyata golongan muda dari kalangan setiap umat sejak dari dahulu sehingga sekarang merupakan tiang kebangkitan umatnya. firman ALLAH:

maksudnya.."sesungguhnya mereka itu adalah pemuda pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami(ALLAH) tambahkan mereka petunjuk." (al-kaht:13)


ANCAMAN DAN STRATEGI MUSUH:
  • Seorang Misionary Kristian bernama John Mout pernah menegaskan:

  • "kita sewajarnya perlu memastikan bahawa tumpuan yang khusus diberikan kepada kanak-kanak di seluruh medan kristianisasi yang dijalaknkan. mereka adalah tumpuan uatama gerak kerja kita, kerana kesan yang boleh merosakkan Islam adalah bermula dari tahap awal lagi"
  • Kenyatan samuel zwimmer (misionary amerika) dalam ceramahnya di al-quds tahun 1928:
"...Tugas anda sekalian ialah mengeluarkan orang-orang Islam itu sendiri agar mereka menjadi satu makhluk yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah...Dengan ini secara tidak langsung, usaha-usaha anda ini sebagai peneroka pembukaan penjajahan ke atas kerajaan-kerajaan Islam..."

  • Tugas besar yang disuarakan oleh paderi segala paderi Kristian ( Pope Urban), Samuel Zwimmer (Misionary Amerika)
"Anda telah berjaya menyediakan dinegara Islam suatu generasi belia yang tidak mengetahui hubunggannya dengan ALLAH malah tidak ingin mengetahuinya.
Anda juga telah berjaya mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya walaupun anda tidak memasukkannya dalam agama kristian, seterusnya akan lahirlah satu generasi Islam yang diingini oleh penjajah...Generasi yang tidak lagi mempedulikan perkara-perkara besar yang berlaku disekitar mereka, sebaliknya lebih suka mengabiskan masa berehat dan malas, cita-cita dalam dunia tidak lain hanya untuk memenuhi tuntutan syahwat..
Sesungguhnya tugas anda telah selesai dengan sempurna dan anda pula telah berjaya mengakhirinya dengan hasil-hasil yang cukup cemerlang. mudah-mudahan al-masih memberkati anda dan para penjajah meredhai anda sekalian dengan kelebihan jihad anda yang berkat itu anda telah berjaya memdapat keberkhatan dari ALLAH."


GOLONGAN MUDA/MAHASISWA PERLU MEMAINKAN PERANAN?
  1. Melaksanakan amanah sebagai hamba dan khalifah ALLAH adalah suatu kemestian
  2. Sebagai pewaris dan penyambung risalah para nabi dan golongan terdahulu
  3. Golongan ini lebih mampu dan bersemangat
  4. Tidak banyak halangan dan tanggungjawab


APAKAH ASPEK-ASPEK PEMBENTUKAN PERIBADI?
  1. Mesti mengatahui matlamat ia diciptakan
  2. Memahami Islam yang sebenar menurut al-quran dan al-sunnah
  3. Melengkapi diri dengan iman dan amal yang berterusan
  4. Mempunyai matlamat dan gambaran tentang musuh-musuh Islam yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam
  5. Mengambil contoh tauladan dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat
  6. Mengetahui tuntutan menuntut ilmu dan berdakwah

Dengan aspek-aspek di atas maka akan terbentuklah keperibadian muslim yang akan menjadi contoh tauladan kepada orang lain dengan mempamerkan ketinggian akhlak dan kecermerlangan dalam pelajaran, yang mana ia adalah kaedah yang berkesan memantapkan akhlak ummah di luar amnya dan di kampus khasnya.
Wallahu'alam




Wednesday, June 17, 2009

Mengapa Wanita Menangis




Suatu ketika,ada seorang anak lelaki yang bertanya pada ibunya
"Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab."sebab, aku wanita"
"saya tak mengerti,"kata si anak lagi.
ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat
"Nak,kamu memang tak akan mengerti..."
kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis?"
sang ayah menjawab,
"semua wanita memmang menangis tanpa alasan."
hanya itu jawapan yang bisa diberikan oleh ayahnya.
Lama kemudian, sianak itu menjadi remaja dan
tetap bertanya-tanya mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk dari ALLAH
mengapa wanita mudah sekali menangis
Saat ALLAH ciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting
Allah menciptakan bahunya, agar mampu menahan segala beban dunia dan isinya.
Walaupu, bahu itu cukup nyaman dan lembut
Untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur
ALLAH berikan wanita kekuatan untuk wanita melahirkan zuriat dari rahimnya.
Dan seringkali pula menerima cerca dari anaknya sendiri...
ALLAH memberikannya ketabahan yang membuatnya bisa bertahan
Pantang menyerah disaat semua orang sudah berputus asa
Wanita, ALLAH berikan kesabaran untuk merawat keluarganya
Walau sakit, lelah, dan tanpa berkeluh kesah...
ALLAH berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang
Untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun
Biarpun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur
Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan
Dia memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya
Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya
Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
ALLAH kurniaknnya kepadanya kebijaksanaan
Untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya
Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan
Yang diberikan kepada suami agar tetap saling mlengkapi dan menyayangi
Dan akhirnya, ALLAH berikan ia airmata agar dapat mencurahkan perasaanya...
Inilah yang khusus ALLAH berikan kepada wanita
Agar dapat digunakan dimana ia inginkan
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita
Walaupun sebenarnya, airmata ini!!!
Airmata kehidupan...

Tuesday, June 16, 2009

Sebagai Renungan BERSAMA..

kadang - kadang bile kita mintak sesuatu..jarang sangat kte dapat,mintak yang ini..lain pulak yg dapat..tension sangat!!! dan terlintas di benak fikiran kita..kenapalah hidup aku ne malang sangat..selalu nak tapi susah nk dapat,kenapalah ALLAH suka menyusahkan hidup aku..pelbagai tanggapan negatif melimpah keluar tanpa kita renungkan hikmah disebalik tiap2 sesuatu kejadian..

Tetapi ingatlah..sebagai manusia,kita hanya mampu merancang..dengan izin ALLAH sahajalah yang dapat melaksanakan perancangan kita..

Pernah tak kita panjatkan kesyukuran terhadap nikmat ALLAH yang luas ini..?
hanya rungutan demi rungutan sahaja yg selalu kita ucapkan..sentiasa tidak puas dengan segala limpah kurnian Tuhan..

NIKMAT ALLAH..diibaratkan seperti dakwat pena di lautan yang terbentang luas..
kita sahaja yang selalu tidak bersyukur..


Sentiasa tanamkan di benak dada kita bahawa aku diciptakan sebagai Khalifah hanya sementara di bumi ini..dengan hanya sedikit waktu inilah harus akU manfaatkan untuk bekalan di akhirat yang kekal abadi nanti..

Tidak takutkah bile kita disoal didepan ALLAH kelak?
Apa yang kita buat semasa hidup?
Adakah mendatangknan manfaat?
Sudahkah cukupkah bekalan kita untuk di hitung di neraca mizan kelak?
lalu terfikir..alangkah eloknya jika aku diberi peluang kedua untuk dihantar ke dunia semula..akan ku penuhi waktuku YA ALLAH untuk mendapatkan keredhaanMu..

Penyesalan tidak berguna bila nyawa kita telah dicabut dari jasad..
pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka untuk hambanya memohon keampunanan.
Dan ingatlah ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
selagi kita masih diberi nikmat iman dan kesihatan..hendaklah kita menggunakannya di jalan yang diredhaiNya..

Sentiasa kita renungkan..
kadang2 ALLAH tidak memberi apa yang kita inginkan..dan ditukar dengan yang lain,mungkin apa yang kita hajatkan itu tidak baik untuk kita..lalu digantikan dengan benda yang lebih baik TANPA KITA SEDARI,
kadang2 apa yang kita minta terus diperkenankan..mungkin dengan itu ALLAH mahu kita segera sentiasa bersyukur kepadanya,
kadang2..apa yang kita minta selalu dilambatkan,mungkin dengan lambatnya itu mendatangkan manfaat pada kita.

Secara kesimpulannya..hendahlah kita panjatkan kesyukuran terhadap apa jua nikmat baik mahupun buruk yang kita perolehi..

Dan ingatlah..jangan kita mengaku kita sudah beriman,jika kita belum diuji ALLAH lgi..bersyukurlah,mungkin dengan ujian itu bakal memberi seribu kebaikan kepada kita..Wallahhualam..